Tuesday, March 19, 2013

Makcik setem german-kelantan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi kisah benar mengenai Makcik setem german-kelantan. Kisahnya bermula apabila saya di airport kota bharu "banyak" bulan yang lepas.... saya dan famili saya datang ke airport sebab nak hantar saya balik ke shah alam. so haritu flight saya jam 8.30malam menaiki firefly. Dan semasa urusan check.in ternampaklah seorang makcik kelate dan suami yang macam mat salleh. tinggi orangnya. 

Semasa masuk ke dalam pesawat saya dapat seat sebelah mak cik yang saya lihatbbersama suami mat salleh tadi. bila flight dah take off saya.pun mulalah bersembang dgn mak cik ini. saya tanya "mok cik.ko dengan suami mat salleh tadi?". Makcik tu jawab "yo lah". dan bermulalah sesi bertaaruf saya da makcik tadi. dia memberitahu suaminya orang german. beliau bertemu jodoh sesama suaminya datang ke.kota bharu dan terjumpa berkenan dan terus kahwin.dengan beliau dan sebelum itu suaminya memeluk islam. selepas itu beliau mengikut suaminya ke jerman iaitu disebuah penempatan di utara jerman. dan beliau dikurniakan 2 orang anak.iaitu seorang lelaki dan.seorang perempuan. Mereka tinggal disana hampir 10 tahun. Namun, mereka suami isteri ambil keputusan untuk settle down di kelantan. so saya tanya best ke.dok jerman, apa jawab mak cik tadi biasa aja. kalau musim sejuk nak keluar sejam bersiap 2jam sebab nak pakaikan anak anak berlapis lapis pakaian. dan saya tanya lagi mesti anak.makcik lawa-lawa. tahu apa makcik tu cakap "Come lah skit dari.mokcik". hahhahahahha. kelakar betul makcik ni. sebab makcik ni muka atau perwatakan tipikal kelantan. so rezeki dan.jodoh dia.kahwin mat salleh. dan saya tanya lagi nak pimana? dia kata nak.pi rumah anak.lelaki nya di subang sebab esok hari.ahad ada jaulan.setem lama di amcorp mall. amcorp mall memang terkenal dengan antik.mark setiap ahad.

Jadi.makcik tadi memberitahu yang dia sudah berulang alik kl kelantan setiap sabtu dan kembali ahad malam ke kelantan sejak bertahun lalu dengan niat menjual setem kepada penggenmar tegar setem. dan ada pelanggan tetap terutama cina.yang membeli sampai rm1000 lebih untuk koleksi setemnya. dan suami mat sallehnya itu juga menjadikan menjual setem pendapatan utama yang dijual di ebay yang diperolehi.dari.jerman. 

ooooo,
dan patutlah semasa di sini saya telah berkesematan ke sebuah pasar antik iaitu homburg antikmark yang ada menjual pelbagai barang antik dan secondhand dan ada juga setem lama. dan di ebay german juga setem dijual pakai kilo. 

image google...


dan begitulah kisah makcik setem dan setibanya di subang skypark.kami berpisah. 

moral of the story:
- jika.rajin usaha pekerjaan apa pun InsyaAllah membuahkan hasil. see jual setem pun boleh sara hidup dari naik  bus skrg naik flight. hehehe
-jodoh tak.kenal jauh dekat atau pada rupa. kun fayakun
- last but not least rajin usaha tangga kejayaan

*my sister amazed dengar citer makcik setem.

ok cheers,
zia anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...