Tuesday, February 22, 2011

Rokok daun


Rokok daun…
Inilah rupanya rokok daun yang amat popular dikalangan penduduk kampung di Kelantan. Saya mengenali rokok ini dah lama…sejak kecil lagi…kerana arwah tok ayah saya suka hisap rokok ini. Saya pernah mencubanya…gulung daun rokok, bakar muncungnya dan hisap…huhuhu (tak sedap langsung-jangan marah yer penggemar tegar rokok daun). Rokok ini banyak dijual dipasar-pasar di sekitar Kelantan sekali ngan tembakaunya. Dulu masa kecik selalu gak tengok jiran2 tanam tembakau dan memproses tembakau. Proses-proses tersebut adalah bermula dengan menuai daun yang matang (hijau) dan dijemur panas terik matahari sampai kering. Kemudian diikat dan dihiris menggunakan mesian khas yang dibuat daripada kayu dan ada bilah pisau tajam…susah dah nak jumpa mesin nih…lalu dipek kemas…lalu terhasillah tembakau yang orang kelate panggil “tembakau tepek”. Daun tersebut berasal daripada pokok yang banyak tumbuh dikawasan pantai...nanti ada masa saya pi ambik gambar pokoknya plak yer.

tembakau tepek
set rokok daun
Selamat membaca…”JANGAN SESEKALI HISAP ROKOK”
Cheers,
Zia anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...