Tuesday, February 22, 2011

Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan

Salam,
Harini saya akan bawa anda semua ke Bukit Bunga (BB), Tanah Merah, Kelantan. Lokasi tepat ialah di tepi jalan Jeli-Machang, Siapa yang selalu berulang-alik grik ke Kelantan akan tahu tempat ini. Raya cina baru-baru cadang nak singgah BB tapi tak boleh sebab polis trafik suh masuk jalan kampung sbb BB dah jem teruk. Ramai sungguh nak singgah sini. Apa yang menarik? Yang menariknya ialah disini terdapat pelbagai barang jualan daripada Thailand mahupun kelantan seperti soft-toy, periuk belanga, buah-buahan, kekacang, budu, keropok dan macam-macam lagi. Bak kata orang kelantan "Serba mak niko ado". Harganya murah seperti jugak harga yang ditawarkan di Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur. Tapi kat Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur lagi banyak pilihan dan corelle pun ada...kat BB tak ada.
Anyway enjoy the pics yang saya ambik raya haji tahun lepas.
kekacang, yang paling best ialah "Butir tere aka Cashew Nuts".
Soft-toy. Masa kecik2 selalu teringin nak mende nih..tapi tak nah dapat...huhuhu
budu oh Budu...Next entry kita cerita pasal budu plak yer.
Deretan kedai yang kebanyakkannya jual barang yang sama...kena pandai pilih
Betul-betul tepi jalanraya. Hati-hati kak...

Buah limau, mata kucing, jambu batu, zabit dan celagi.

Buah mangga lemak.sedap sangat...
Suasana dalam kedai
mostly Made in thailand...

Nanti senang-senang singgahlah kat Bukit Bunga (BB) yer.
Cheers,
Zia Anis


1 comment:

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...