Tuesday, April 12, 2016

Cara Amalan Rasulullah Makan Madu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Cara Amalan Rasulullah Makan Madu


Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. 

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Kajian menunjukkan kaedah atau cara terbaik adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah dan masukkan kedalam segelas air suam panas dan kacau sehingga sebati. Sebagai orang muslim sebaiknya di mulakan dengan selawat dan doa dahulu untuk mendapatkan berkatnya. Kalau mahu boleh juga minum terus madu lebah kemudian diikuti dengan minum air suam kepada mereka yang suka akan kemanisannya.

 Penyediaan
Gunakan satu sudu plastik penuh madu bersama-sama dengan segelas air masak (200ml).
Pandu sehingga madu larut sepenuhnya di dalam air sebelum penggunaan.

Aturan Minum

Diminum 2 kali sehari iaitu sebelum tidur malam & sebaik minum pagi (sebelum gosok gigi)

Ringkasan adab minum 

  1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 
  2. Bacalah " Bismillah" 
  3. Minum dengan tiga nafas 
  4. Minum dalam keadaan duduk. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri 
  5. Minum sedikit-sedikit sambil berkumur-kumur sebelum telan
  6. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 
  7. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 
  8. Jangan makan atau minum apa-apa dalam tempoh 45 minit hingga 1jam selepas minum madu
  9. Selepas minum madu sebelum tidur, bancuh secawan lagi, tudung & biarkn utk diminum waktu bgn tidur esok pagi (perlu dikacau sekali lagi sebelum minum)
Semoga bermanfaat

Cheers,
Zia Anis


No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...