Wednesday, December 3, 2014

Tips Berjimat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya nak share tips berjimat. Boleh diamalkan oleh semua orang...even anak2 sekolah....Sekarang semua bercakap pasal kos hidup tinggilah, duit tak cukuplah....duit minyak naiklah....So apa kata kita berjimat. Sebab hidup kita pilihan kita.

1. Prioritize / Keutamaan...utamakan apa yang perlu dan apa yang mengikut nafsu

2. Plan / Rancang
Senaraikan apa yang nak dibeli atau dimiliki. Ini mengikut keutamaan anda...


3. Record / Tulis
Tulis perbelanjaan anda sebelum dan sesudah. Lebih bagus senaraikan untuk sebulan. Dan jumlahkan mengikut gaji atau pendapatan anda. Boleh juga tuliskan apa barang yang nak dibeli di pasar malam atau pasar raya juga...Sentiasa ada sticky note...senang nak tulis...pastu leh buang lepas dan selesai membeli belah.

4. Hadkan perbelanjaan menggunakan kad hutang aka Kad Kredit. Utamakan kad debit. Kalau boleh gunakan cash...senang nak lihat wang keluar masuk. Tapi untuk keselamatan jangan withdraw sekali banyak..ada mata mata memandang...Nauzubillah moga kita terselamat daripada kemalangan, dan kejahatan masyarakat sekeliling.


5. Kurangkan makan di luar...hanya sekali sekala....dan pilih kedai yang mampu anda makan...Jangan membazir. Sekarang nak belajar masak klik aja utube,,semua resepi ada..step by step lagi...Siapa kata masak susah..kalau pandai sampai masuk U...takkan masak tak pandai...Hidup jangan cari alasan. Please girls and ibu sekalian..jom masak..kaum Adam, jangan tengok sahaja..tolong sama meh..tolong potong bawang ke...basuh sayur ke...kata nak jimat.


6. Kurangkan aktiviti mengziarahi shopping Mall atau Kompleks besar-besar tanpa tujuan...Apakat jom Riadah bersama keluarga..pergi tepi tasik atau taman permainan berdekatan rumah anda. Now..shopping online pon boleh..jimat duit minyak.


7. Biasakan menghadiri kuliah agama..Ajar dan ajak famili menghadiri kuliah hujung minggu...so tak der istilah boring lah....bosanlah...Sihat pon sihat



8. Tanam sayur sendiri...samaada dalam pasu ataupun diatas tanah. Sayur yang boleh di tanam atau beli di nursery adalah seperti daun pandan, pokok limau (utk buat tomyam), daun kesum, daun kari...ala yang senang nak buat masak masak...tak payah beli kat pasar malam dah.. Macam saya suka beli tanaman berpasu di Pasar Ahad Stadium Shah Alam.



*Image google.

Cheers,
ZA

P/S : Pesanan untuk diri sendiri juga.

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...