Wednesday, September 17, 2014

Pentingnya menjadi Solehah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cuti sekolah datang lagi...Pak pung pak pung bunyi kompang dipalu...Maknanya ada mahligai suci yang dibina dan akan dibina. Setelah di amati melalui tazkirah dan ceramah yang saya dengar dan saya baca di dalam buku...kini konklusi yang saya temui ialah pentingnya menjadi solehah. Ramai yang terlupa..bahkan saya lupa...saya alpa...
Mengapa perlu menjadi solehah?
Saya selalu membayangkan akan kematian...dan saat itu tiada berguna segala harta, pangkat, wang ringgit melainkan 3 perkara iaitu:


Dan sejak peristiwa Tower Shot di taman tema di Jerman amat menginsafkan saya...dan ianya telah menyebabkan saya merasakan saat hanya otak sahaja yang berfungsi sedangkan organ lain sudah tiada...sangat menginsafkan setelah naik tower itu walaupun hanya untuk 2 minit....Dan saya menerima peri pentingnya menjadi solehah..bukan kerana orang lain kerana Allah sebagai survival selepas kematian. 

Namun, bersediakah kita menghadapi kematian, dan seminggu lepas, saya menerima berita kematian sahabat perempuan yang saya kenali di Kolej 8 Universiti Malaya yang berumur 32 tahun yang meninggal dunia di PPUM kerana sakit jantung. Nah...satu tamparan lagi buat saya..agar sentiasa refleksi diri dan selfie diri....bahawa kematian bisa datang bila-bila masa...dan bayangkan berada di dalam gelap sahaja sudah menakutkan...inikan pula..berada di dalam liang lahad dan berseorang...yang ditemani amal yang sedikit....tapi Alhamdulilah kita yang membaca saat ini masih berpeluang untuk berbuat baik dan membuat pahala..biar saat kita pergi dosa berhenti, pahala berterusan atau pencen kubur bak kata Prof. Muhaya.

Tajuk ini saya pilih kerana ramai yang berdoa..Ya Allah kurniakan aku suami isteri yang solehah dan anak anak yang soleh dan solehah...namun tidak ramai refleksi diri..sudahkan Aku Solehah?...saya juga tidak berkecuali...banyak dosa Ya Allah..malu padaMu Ya Allah..kita terlupa aura yang positif boleh menarik jodoh yang positif...dan masih belum terlewat jika telah berumur 30 an, 40 an dan belum bertemu jodoh..ingatlah bahawa tidak sia sia menjadi solehah....bukan kerana inginkan jodoh sahaja...tapi kerana ingin meraih Cinta Illahi dan meraih kunci syurga yang ternyata lebih baik dari dunia dan isinya...

Bagaimana menjadi solehah?
Ini adalah peringatan untuk saya dan sekalian pembaca..semoga bermanfaat..Dan ingatlah kita masih belum terlambat...Tuhan Maha Kaya..dan Maha Mendengar Lebih dari yang kita sangkakan...
Di Mana DIA di hati kita?

Dan pesanan kepada kaum Adam, janganlah kecantikan menjadi ukuran utama dalam memilih pasangan, carilah pasangan yang solehah..sesungguhnya anda tidak akan menyesal. Dan sudah banyak contoh disekeliling kita jika kecantikan yang dicari...ianya akan pudar...dan tak berguna satu sen pon jika telah pudar....dan ratu cantik sekalipun bercerai..maknanya kecantikan bukan kunci sebuah perkahwinan yang indah...Bagaimana melahirkan anak soleh dan solehah jika ibu bapanya belum solehah...Adakah dengan ucapan di hari lahir setahun sekali akan merubah segalanya...

Jom kita lihat tips menjadi solehah.







Dan semoga Allah mengurniakan kita:
image google..thanks


Cheers,
Zia Anis

*Mari jadi solehah bukan kerana 100% orang lain, kerana sesiapa atau apa..tapi biarlah kerana 100 % Allah dan survival setelah kematian....

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...