Wednesday, February 29, 2012

Sajak: Ku Cari Damai Abadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pos kali ini saya akan kongsikan sajak oleh Mantan PM iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sajak ini memang menyentuh jiwa tentang perlunya mencari ilmu dan terus mencari ilmu. Ya Allah beri aku kekuatan untuk mengaut sebanyak mana ilmuMu, dan restui aku ke jalan RedhaMu. Amin.


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi



Cheers,
Zia Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...