Thursday, August 20, 2015

Pos Kemerdekaan: Kuasa Pasport Malaysia

Assalamualaikum, sudah lama tiada entry baru, dan sempena bulan kemerdekaan jom menilai dan mensyukuri kuasa Pasport Malaysia yang boleh digunakan di 140 buah negara dan menduduki tangga ke 7 power of Pasport ranking dunia...dan ini dicemburui ramai..termasuklah rakan seperjuangan phd saya disini..sampaikan ada yang kata nak duduk dan kahwin dengan orang Malaysia lah..macam-macam lah diorang ni..Germany di tangga ke-2 dan Spore ditangga ke 4..Hebatlah Malaysia.

Sekarang proses membuat pasport dan memperbaharui pasport adalah sangat cepat iaitu akan siap dalam masa sejam. Dan gambar pasport tidak diperlukan kerana gambar akan dirakam oleh pegawai imigresen (kenalah pakai lawa2 masa pi Imegresen yer)...
dan setiap pembaharuan ialah setiap 5 tahun dengan bayaran RM200 sahaja. Manakala pembaharuan selama 3 tahun dihapuskan.

Pasport malaysia ialah bercip..jadi kna jaga dengan hati-hati agar cip tidak rosak dan boleh dibaca atau discan oleh mesin scanner.




Sila semak disini untuk ranking:



 Walaupun hari ini dan beberapa minggu lepas, RM ringgit Malaysia jatuh merudum, tapi diharapkan situasi ini tidak berpanjangan dan pasti akan memberi kesan kepada semua orang.



Anyway, saya sayang Malaysia dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan sentiasa akan pulang berkhidmat untuk negara.

Semoga Malaysia aman dan sejahtera.
Salam Kemerdekaan.


Cheers
Zia Anis


No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...