Wednesday, January 14, 2015

Jalan-jalan ke Ireland dan Belfast,UK Jan 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya akan share catatan perjalanan selama 5 hari 4 malam saya di Ireland. Sebenarnya kembara saya bermula pada malam 30 Dec, sambut malam new year di Kota Paris, kemudian bergerak ke Brussels dan dari sana saya menaiki RyanAir ke Dublin Ireland.

2.Jan 2015
Kami berlima bertolak awal pagi iaitu seawal jam 7.00 pagi dan bergerak ke Zaventam Aiport Brussels untuk menaiki Ryan Air ke DUblin...perjalanan sangat licin dan selamat mendarat di Dublin Airport jam 12.30 tghari... di Dublin ianya hanya berbeza 6 jam kepada waktu Malaysia..berbanding 7jam Jerman-Malaysia.

Selepas selesai urusan passport dan lain-lain kami membeli "Leap Ticket" iaitu tiket yang boleh digunakan untuk menaiki bus, train, tram dalam masa 72jam yang berharga Euro19.50. Kemudian kami menaiki bus shuttle 747 ke Bandaraya Dublin....
Selepas check in hotel Mapple dan solat kami dijemput oleh rakan yang belajar di sana dan seorang Auntie yang telah 15 tahun bermastautin di Dublin...kemudian beliau membawa kami makan halal di restaurant India Malaysia...all you can eat...sangat best..sebab rasa mcm lama x makan mamak..walaupun tidak sehebat rasa mamak Malaysia..tapi sangat berbaloi Euro6.99 boleh bertambah..dan banyak juga pilihan...

Kemudian kami berjalan-jalan sekitar bandar Dublin yang sememangnya tengah meriah sale selepas krismas dan juga sale tahun baru..dan macm kat sini banyak kedai, dan restoran..rasa macam Malaysia sebab kedai macam tesco Express,tutup jam 11 malam..dan restoran serta pub plak merata-rata....

3. Jan 2015
Hari ini kami berlima mengambil tour iaitu ke Giant Causeway dan ianya memakan masa 4jam pergi..4jam balik semula ke Dublin.

Bermula jam 7.15 pagi..kami dah tercegak di Paddy Wagon tour office..jam 7.45 driver bus pon datang..so sesama naik bas..dan sepanjang perjalanan, tour guide aka driver bus ni sangat peramah, informativ dan suka bercerita..so sepanjang jalan bercerita...mengenai tempat-tempat yang dilalui kami...

Tempat pertama kami singgah ialah di Carrick e Rede...iaitu sebuah kawasan pesisir pantai..tak boleh mandi..dan banyak batu batuan, serta berdekatan ladang biri-biri. Pemandangan sangat menakjubkan dan kena bayar Euro7 untuk melintasi jambatan ke sebuah pulau kecil yang secara logiknya milik Scotland. Dan setelah saya cari di utube dan google jambatan tersebut adalah no.3 paling bahaya didunia...huhuhu..memang scary..mula2 tak nak lalu..tapi dah bayar..rugi plak kan..sebab ianya sebuah jambatan kayu..melalui lautan dan jarak antara dan laut dan juga jambatan tersebut boleh tahan lah..dan angin kuat..so jambatan goyang-goyang dan tak der safety apa...mmang lalu macam tu jer...
Image google

Image google..nampak tak jambatan tu..tulah jambatan bahaya tu... 



Jambatan yang horror

Subhannallah...

Batuan di Giant Causeway


4. Jan 2015
Tour kami hari ini ialah ke Cliffs of Moher... Dan disinilah terdapat sebuah kawasan atau perkampungan yang dijadikan lokasi pergambaran P/S I love You lakonan Gerarld Butler....


5 Jan 2015
Hari ini, kami gunakan waktu pagi untuk tour di Trinity College of Dublin sebuah university Ivy League dan mempunyai library tertua dan bersejarah yang dikenali dengan Book of Kells...dan ianya lokasi pergambaran filem Harry Potter....nak masuk ada entree fee dan juga kat sini ada kedai cenderamata..kalau ada id student TCD boleh dapat 10%..dan boleh juga minta VAT---tax Free...







Pintu Masuk

Books of Kell-Souvenirs shop

Kemudian, kami lunch di Beshof Fish and Chips...kemudian menghabiskan masa shopping di Arnotts dan kemudian balik hotel.


Kemudian keluar balik untuk menonton Hobbits 3D....Best juga filem tu...

Lepas habis menonton kitaorang pi dinner plak di Nasi dan Mee sebuah restoran cina halal...Malaysian..makanan pon boleh tahan dan harga ok...

Lepas tu sambung bersilaturahim dengan Antie yang 15 tahun bermastatutin disini...Sangat baik dan sempat memberi nasihat lagi..Thanks Auntie.

Dah 11 malam baru balik ke hotel, kemas bag..esok dah nak check out. Tidor zzz.

6 Jan 2015
Tiba masa untuk pulang ke jalan masing-msing...saya dan kawan pulang ke Jerman again dengan RyanAir..flight 10.10 pagi..manakala kawan bertiga lagi menaiki British AIrway ke London jam 8.45 pagi...dan kami bergerak awal jam 5.45 pagi menaiki bus 747 depan hotel menuju airport..Sampai my sweet home jam 5.30 petang...huhu..sangat letih...

Info mengenai Ireland
-matawang euro
-banyak juga pendatang atau rakyat luar
-student malaysia pon ramai kat sana
-makanan halal banyak dan berbagai pilihan, daripada kebab, fish and chip, nasi, mamak dll
- kena selalu berhati hati mengenai wang, beg tangan dan jangan keluar malam tanpa teman..sedikit bahaya
-ireland mempunyai tempat menarik yang dijadikan lokasi pergambaran filem Hollywood.

Bajet:
- Hotel Euro218.00 untuk 2 orang untuk 4 malam Hotel Maple. Betul2 dalam bandar..senang nak bergerak ke mana-mana..jalan kaki sahaja.
- Trip ke Giant Causeway dan CLiff of Moher Euro100.00 (Paddy Wagon Tour)
- Makan (Breakfast dengan kopi dan roti yang dibeli di Tesco Express), tengahari dan dinner Euro 15++
-Tiket Leap Euro19.50
-Bus Dublin city ke Airport Euro6 sehala
- Shopping souvenirs Euro25.00 dan Euro24 di Trinity College of Dublin

Cheers,
Zia Anis

12 comments:

  1. Salam... walaupun permandangan kemain cantik lagi tapi Ireland bukanlah pilihan popular rakyat Malaysia kan... London lebih disukai walaupun payah nak ke sana... banyak syarat... tapi mungkin satu hari saya akan ke sana juga... terima kasih... entry yg menarik... salam kenal

    ReplyDelete
  2. waahhh bestnyaaa jeles sungguh lah dapat p sana. fiqa ada kawan kat sana gak tehehe. agak agak berapa total budget ehh? T__T

    ReplyDelete
  3. Sis Afiqah, saya ada update mengenai bajet. Dan semoga kalian Afiqah dan Najib dapat kesana.Ameen.

    ReplyDelete
  4. bercadang untuk ke Dublin bulan 12 tahun lepas tapi tak kesampaian hajat.. berbelah bagi nak pergi ke tidak jadinya tak pergi. ada kawan juga di sana.. tahun depan habis jadi berkali2 dah diajaknya pergi.. hehehe..moga ada rezeki =)

    ReplyDelete
  5. terima kasih sudi membaca blog saya..saya doakan impian u alls semua nak ke dublin dan eropah tercapai...ameen.

    ReplyDelete
  6. plan nak pegi Dublin hujung bulan 5 atau 6 nie. agak-agak bahaya tak kalau gi sorang2?

    ReplyDelete
  7. boleh bagi email.. sya nk tanya tentang ierland ni tima kasih

    ReplyDelete
  8. boleh bagi email.. sya nk tanya tentang ierland ni tima kasih

    ReplyDelete
  9. boleh bagi email.. sya nk tanya tentang ierland ni tima kasih

    ReplyDelete
  10. boleh bagi email.. sya nk tanya tentang ierland ni tima kasih

    ReplyDelete
  11. Sy plan nk ke Dublin next year.doakn ye😉.tq utk info

    ReplyDelete
  12. Sy plan nk ke Dublin next year.doakn ye😉.tq utk info

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...