Saturday, November 22, 2014

Step by Step Master/PhD di Jerman (Germany)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekarang saya ingin berkongsi step by step memohon peluang melanjutkan pelajaran ke Germany.
i)    tahu bidang anda contohnya: Biochemistry, Mechanical Engineering, atau Statistics.
ii)    pilih bidang anda..dengan cara "search" di setiap universiti di german.
iii)   pilih supervisor yang sesuai dan terbaik. Baca profil dan publication nya yang terbaharu.
iv)   emel supervisor tersebut dengan menyatakan secara lengkap dan dikepilkan/attach cv, transkrip master, transkrip bachelor, dan IELTS.
v) tunggu reaksi tersebut daripada supervisor.
vi) jika respon positif, teruskan emel dan buat step yang disuruh oleh bakal sv anda...namun jika respon adalah negatif, jangan putus asa, teruskan mencari sv yang terbaik.
vii) dan jika dirasakan mendapat bakal sv yang terbaik, selalulah membuat solat istiharah..dan jika anda telah berkahwin, silalah berbincang dengan pasangan anda tentang keputusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman. Bahkan jika anda masih solo, minta restu daripada ibubapa, semoga mereka menyokong usaha anda mahu ke Jerman. Jika ada pihak yang membantah....sila ke step (i) tetapi untuk negara lain ataupun dalam negara sahaja. Ketentuan Allah yang terbaik.
Maklumat lain mengenai Jerman:
a) masalah bahasa, iaitu yang melibatkan masyarakat sekeliling..disarankan agar anda tahu sedikit mengenai bahasa ini....mungkin ini memudahkan anda...
Tapi di uni disediakan kelas bahasa secara percuma manakala untuk kelas intensif kena bayar sedikit amount, sebab memang intensif dan diadakan semasa cuti semester. Belajar bahasa akan menjadi bonus dalam CV anda...
dan seorang fellow orang Malaysia di University Oxford boleh menguasai 6 bahasa termasuk bahasa German..hebat bukan.

b) masyarakat jerman adalah kurang peramah..tapi jangan ambil hati..biarkan mereka....tapi kalau yang baik..memang meraka sangat baik...
c) kemungkinan anda keseorangan dan kesunyian adalah perkara biasa...kerana masih kurang orang Malaysia yang tinggal atau belajar di negara ini...tapi kene betulkan niat sebab kita datang untuk belajar dan moga Allah permudahkan kita selesai dengan jayanya...dan penuh ilmu didada..ilmu hidup dan ilmu akademik. Tapi anda akan lebih mengadaptasi dengan orang sekeliling dan berkawan dengan bangsa lain dari negara lain.
d) Banyak prosedur dan rules and regulation yang perlu anda patuhi jika pertama kali datang kesini..terutamanya mengenai visa yang perlu di renew selepas 3 bulan anda disini...dan urusan visa boleh dilakukan di Konsulat German di Menara Tan & Tan . Maklumat lanjut (http://www.kuala-lumpur.diplo.de/Vertretung/kualalumpur/en/04/Legal__and__Consular.html)

e) kebanyakan universiti di Jerman adalah menitik beratkan soal kualiti dan sememangnya sangat tough..dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Tetapi kesemuanya tidak akan menjadi masalah besar, sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar...
f) Sebelum terlupa, anda boleh memohon biasiswa DAAD yang disediakan oleh kerajaan German untuk rakyat tempatan ataupun orang luar...http://www.daad.de/en/.
g) program master adalah diadakan didalam bahasa english dan anda dikehendaki membuat small research dan membentangkannya di hadapan lab mate dan komuniti/panel. tapi tidak semua uni menjalankan master dalam bahasa english...kena search dulu...dan tanya. 
Selamat Berjaya.
Cheers,
Zia ANis

3 comments:

  1. Boleh saya tahu universiti Mana yang sediakan program PhD dalam engineering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat university di Jerman offer PhD. Tapi pilih the best in Jerman lah kalau nak g. Engineering mmg mantap kat Jerman tak kurang dengan us or uk. Kalau civil specialising in tunnel mmg sangat disarankan untuk belajar kat Jerman. Banyak company construction di malaysia deal demga jerman. Contoh Gamuda dan MRT. Company besar tu. Gluck

      Delete
  2. Adakah uni di Jerman mementingkan kecekapan bahasa Inggeris. Kalau ya berapa keputusan minum yg ditetapkan utk Ielts?

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...