Pos kali ini saya ingin mengutarakan pendapat mengenai hadiah untuk pengantin. Memandangkan tahun baru cina sudah lepas banyak majlis perkahwinan telah berlangsung...anda juga telah selamat bergelar pengantin mahupun telah selamat menghadiri majlis perkahwinan saudara mara mahupun sahabat handai..Apa yang anda hadiahkan kepada pengantin? Mungkin sesuatu yang akan diingati sampai akhir hayat atau disimpan di dalam almari rumah mak pengantin, atau telah dikitar semula dengan memberikannya kembali pada pengantin baru lain. Inilah senario yang banyak berlaku....iaitu hadiah terperap dan dikitar semula..hanya pembalut aja lain....Oh sungguh sayangkan...Apa hadiah yang terperap tersebut? Mungkin ramai yang malu jika ke majlis kenduri bertangan kosong...jadi nak tak nak kenalah beli hadiah..namun bajet adalah terhad...sebagai penyelesaiannya, maka dibelilah hadiah berupa pinggan mangkuk dan set gelas...set gelas adalah yang paling digemari atau menduduki carta tertinggi senarai hadiah kerap diterima pengantin selain daripada 2. Blender 3. Album Gambar dan juga 4. Frame gambar.....Hahah....mungkin anda pernah menerima dan memberikannya bukan...
Bungkusan cantik hadiah menarik...hmmmm...memang Terbaik!
Ini hadiah untuk pengantin.
Kredit to blog Miles of smile....
Persoalannya disini adakah masih relevan untuk memberikan hadiah sebegini jika ianya diperap sehingga terkumpul habuk mahupun anai-anai...dan dikitar semula (maknanya anda tidak memerlukannya). Pada pendapat saya set gelas mahupun set pinggan mangkuk masih relevan, tetapi setiap pengantin ada citarasa atau konsep untuk meja makan di rumah baru mereka...tetapi jika set pinggan dan set gelas tersebut berjenama seperti Corelle, Villeroy and Boch, dan lain lain jenama..pasti pengantin senyum ke telinga...tapi denga bajet terhad..hanyalah set gelas dan set pinggan bawah RM100 sahaja yang termampun kita beli kan....Setuju atau tidak?
Manakala, di zaman teknologi digital album gambar dilihat tidak lagi relevan kerana ramai yang menyimpannya dalam bentuk digital ataupun di dalam harddisk...atau di DropBox....manakala sekarang dengan perkhidmatan OP (Official Photographer) maka album gambar adalah disediakan oleh OP...dan sekarang ianya dicetak terus diatas kertas bermutu...ianya dicustomise mengikut kehendak pengantin...Frame gambar???urmmmm....mungkin masih berguna..tapi sekarang rekaannya mestilah mengikut tema rumah si pengantin baru..tema moden, Zen, ...ataupun klasik....
Jadi,saya amat menyarankan jika ingin memberikan hadiah untuk pengantin biarlah ianya bermakna untuk pengantin mahupun keluarga pengantin. Dan apa yang bermakna tersebut? Sebuah atau set buku...Kini terdapat banyak lambakan buku dijual di kedai buku utama mahupun kedai buku di sekitar kita...jadi apa kata singgah sekejap ke kedai buku dan beli buku yang berharga RM40.00 ke bawah mungkin sudah dapat 2 biji buku yang bermanfaat...ataupun anda boleh juga membeli secara dalam talian atau "online" seperti di Amazon, Kedai Buku. com dan bermacam macam kedai online lain. Dan biarlah buku yang dipilih adalah bersesuaian dengan pengantin seperti buku berkaitan rumah tangga, asas mendidik anak dan fardu ain lain...Saya rasa hadiah ini tidak akan sesekali terperap mahupun dikitar semula...asal bijak memilih buku yang sesuai dan yang "bestseller".
Kedai buku alaf21
Dengan ilmu manusia bertambah baik akhlak dan meningkat darjatnya...dengan ilmu manusia kenal Allah dan Rasul.
Oleh itu mulai harini bersedialah kita menghadiahkan pengantin sebuah buku....atau koleksi CD ceramah bermanfaat..dan jika tidak mampu atau tiada masa berilah wang biarpun RM5 agar si pengantin bisa membeli keperluannya dan bisa memilih sendiri...(set gelas, set pinggan dan album gambar sendiri)...
2. Anda atau kita boleh bersama sama kumpul wang...(kutip wang) RM10 setiap seorang. Dan bayangkan ada 10 sebuah pejabat..dah dapat RM100.00....dan berikanlah pada si pengantin baru...kemudian pengantin baru boleh beli apa yang mereka suka....
Kan senang...
Cheers,
Zia Anis
*Masih simpan buku hadiah harilahir yang saya dapat 20 tahun lalu...
Salam.... hehehe.. betui la anis... tapi buku pun kadang2 pengantin dah ada buku nya. hehehe...
ReplyDeletemacam saya kalau untuk kawan2 yang memang rapat saya sound direct jer tanya dia nak apa... saya suruh dia bagi 3 -5 cadangan dia nak apa, nnt saya bagi hadiah... heheheeeee....
dan buat pengantin, jangan ler perap hadiah tu dalam setor... panjang2 kan lah hadiah tu kat sedara mara... cth macam kakak saya dapat 4 bijik oven, 4 bijik rice cooker, n ntah apa2 lagi, so dia ambik 1 or 2 jer. selebihnya dia bagi kat mak n mak mertua n nenek yang dah susah payah utk kenduri dia.... ihiks... saya pun dapat... hahahaha....
Saya setuju juga dengan cadangan anda...tanya pengantin terus ek...tapi jika pengantin bukan sedara terdekat bagi duit lagi sesuai kot...hehheheeh...
ReplyDelete