Thursday, May 9, 2013

Jalan-jalan ke Paris Mei 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan kongsikan pengalaman dan tips mengenai Jalan jalan ke Paris Mei 2013. Trip ini adalah rancangan yang dibuat dalam masa kurang seminggu iaitu tanpa perancangan tapi menjadi..

Untuk makluman saya tinggal disebuah negeri iaitu Saarland dan ibu negerinya ialah Saarbrucken yang terletak bersempadan dengan Luxembourg dan juga Perancis....memang dekat aja..ada yang berbasikal  sahaja ke perancis...

Jalan-jalan ke Paris Mei 2013

4 Mei 2013
Setelah membeli tiket secara online di bahn.de, saya pun memulakan perjalanan seorang diri di Stesen Keretapi aka Saarbruecken Haupbanhof seawal jam 10.30 pagi...kerana menunggu ketibaan ICE iaitu keretapi berkelajuan 360++ KM/Jam di Gleis atau gate 12...kemudian tibalah train ICE yang bergerak dari Frankfurt...kemudian saya kene memastikan saya pada coach atau wagen yang betul dan duduk di seat yang dibooking dengan betul..tapi jika train kosong duduk dimana sahaja adalah dibenarkan...dan perjalanan memakan masa 1 jam 50 minit ke Paris Est atau Gare d I'Est. Dan tepat jam 12.50 tgh saya tiba di Paris Est dan disambut oleh sepupu saya...beliau tiba di Paris atas urusan kerja..dan sabtu ahad beliau rehat..tu yang saya ke sana....plan asal diakerumah saya..tetapi disebabkan saya belum pernah ke Paris jadi saya berkenan mencemar duli ke Paris..hahhaha....sebb dah lama teringin...lagipun...rezeki bergolek jangan ditolak kan..

Setelah membeli tiket saya ke Hotel Hyatt Regency Etoile letak barang2..dan solat dan memulakan tour Paris...kami ke Arch de Triump dahulu..tak pi dekat pun, ambik gambar dari jauh..sebab nak kejar masa...dan kami berjalan menyelusuri Jalan Champ Elysees dan disepanjang jalan memang penuh dengan pelancong asing dan rakyat lokal..semua menikmati cuaca yang cantik..dan sepanjang jalan ini juga terdapat banyak kedai, butik dan juga hotel mewah...dan ada LV....sebelum tu singgah makan dulu di Rose d Kashmir...makan nasi Briyani..huhu alhamdulilah sedap sangat....harga pon ok...
Dan sambung beli M.A.C cosmetics..puas hati dapat beli M.A.C dan layanan MUA dia memang best....baik dan cekap...

Kemudian kami beratur ke Butik lV....niat nak tengok ajer..nak membeli tidak mampu atau masih belum mampu....dan didalam ni semua pekerja lelaki macam bodyguard Men In Black....semua berkot..kacamata hitam dan sebenarnya diorang jurujual..tanya pasal beg, kasut dll...diorang akan layan....butik ni penuh dengan manusia..terutama orang kaya nak membeli belah....kuasa jenama...



Peugeot Avenue

Mercedes Benz Avenue...

Musee d Lourve


Setelah menjamu mata dan.meninjau harga di butil lv kami terus bergerak ke butik longchamp di rue d honor dengan berjalan kaki di sepanjang jalan champ elysees. dan disepanjang jalan ramai yang berjalan kaki dan.jalan raya di.paris ini agak.luas dan lebar. dan kelihatan banyak bus hop on hop off. kami berjalan merentasi taman yang dipenuhi bunga bungaan. spring lah katakan. dan berenti sekejap.di taman sebab nak ke.tandas.dan terpaksa beratur ramai plak nak ke tandas. kemudian kami berjalan ke monumen ini, dan disebelahnya adalah dataran yang banyak bas yang berhenti menurunkan penumpang kerana berdekatan dengan jalan utama butik butik terkenal. dan kami pun bersemangat ke butik.tersebut. dan sudah tiba betul betul di butik longchamp.

Pekerjanya sudah mengunci pintu kedai. aduh frust menonggeng lah. datang jauh sebenarnya mahu melihat longchamp sampai sampai sudah tutup sebab sudah pukul 7.30petang walaupun masih cerah dan mereka memberitahu bahawa esok ahad tutup, bertambah frust. butik butik lain juga tutup. tak apalah redha dan mesti ada hikmahnya. dan kami pun berjalanlah menuju ke museum de lourve iaitu salah satu tempat waji  dikunjungi jika ke paris iaitu sebuah piramid yang dikelilingi bangunan lama dan taman kecil. dan memang menarik binaanya. so ambik gambar dan berjalanlah kami ke mall di sebelahnya. namun hampa kerana kedai semua tutup termasuk tandas sekali. kemudian kami menaiki metro ke menara eifeil. dan tiba disana sudah gelap dan ya allah sememangnya besi buruk ini amatla cantik di waktu malam. dan semakin berjalan mendekatinya makin lawa. rasanya setiap step nak ambik gambar. dan disini juga ramai peniaga kulithitam yang menjual keychain eifeil dan.mereka tengoj.kita aje terus cakap lima satu euro murah murah. wah itu mereka hafal. dan mesti ramau rakyat malaysia yang sudah membeli daripada mereka. dan mereka ini sangat ramai dan kdgkala menakutkan dan merimaskan juga. kemudian eifel tower disinari cahaya berkelip kelip hampir 10minit wah makin menambahkan.keindahannya. so apalagi ambik gambar lagi. dan dikawasan ini dipenuhi ramai orang kerana cuaca menark dan tidak.twrlalu sejuk. dan kami hamya membeli muffin dan roti mengalas perut sebagai ganti dinner. dan kami pulang ke hotel jam 11 malam. so rehat dan check di internet butik atau kedai apa yang buka hari ahad. dan alhmadulilah satu factory utlet iaitu la valle d village bukak. so apalagi plan lah ke sana esoknya.

5.5 2013

Tarikh rakyat malaysia mengundi dan kami keluar awal pagi menaiki metro yang mengambil masa 30minit dr hyatt. dan tiba di stesen dvillage kami berjalan kaki hampir 15minit dan.tiba di deurope la.valle. dan kami tiba awal so tak banyak.orang tapi kedai semua sudah buka. disini ada food court dan banyak butik terkenal seperti longchamp, coach, burberry, guess, ralph lauren, samsonite dan macam macam brand lagi. dan kami berjalan.satu butik.ke.satu butik. dan tibalah ke longchamp, orang memang ramai dan.berpusu memilih la pliage. dan warna adalah terhad dan harganya juga murah berbanding di tempat lain. so apalagi pilih pilih jangan tak pilih. punyalah lama pilih akhirnya masa utk bayar, dan ada hamba allah lelaki dari malaysia bagi kad diskaun 10% beliau dan kami dapat gunakan utk purchase 13beg lc. wah dan kami perasan inilah hikmahnya peristiwa kecewa semalam. selepas itu kami ke coach, beli satu beg dan menikmati subway tuna dan vegetarian di sana. dan berjalan kaki ke metro dan terus ke hard rock cafe kerana seupu sy memang peminat baju hrc dan beliau beli 2helai tdhirt dan saya plak beli 2helai skirt di kedai berhmpiran hrc. kemuidan kami bergerak balik hotel kerana saya perlu tiba di paris est sblm.jam 6 .30. so.balik hotel singgah di pharmacie kejap beli apa patut dan balik hotel, kemas solat dan terus ke paris est. disana tunggu sekejap dan ambik gambar sebb kami tiba awal seblm 6.30ptg. sebb esok isnin so train ice penuh, alhmadulilah saya book seat if tak kene cari tempat duduk cepat2. so bye to my cousin dan pulanglah saya ke saarbrucken tiba rumah jam 9.30mlm. safely arrived. 






Tempat shopping yang dibuka hari ahad...best

 Ini bilik hotel...Hotel Hyatt Regency Etoille...senang sebab hotel ni attach dengan train station bawah tanah..nak kuar jejalan...turun lower ground jer

Hyatt Regency-Thanks to my lovely cousin sponsor my trip...hehheehehe

Pemandangan dari tingkap hotel tempat kami menginap

Paris Est..station keretapi utama menghubungkan France dengan negara jirannya...


Dan inilah Si pengembara itu...

so tips.ke paris
-pastikan bawa wang secukunya atau gnakan kad debit.or krdit kad.
-pastikan wang diasingkan ke beberapa tempat kerana pencopet adalah profesional di paris. mereka sangat licik dan selamba serta rasa x bersalah seluk beg orang.
-utk pertama kali ke.paris metro.dan busnya memg mengkonfiuskan so baca map dengan betul dan pastikan tempat yg nak dilawati sebab masa mencemburui anda.

-makanan halal ada di sekitar paris cuma kena pandai cari. if x optionnya mcd fish burger or subway tuna atau vege.
-pilih hotel atau motel ikut budjet anda. kerana jika nak jimat pilib yg murah dan selesa. tgk review yer. Boleh booking hotel di booking.com atau agoda.com

oklah itu sahaja tipsnya.

Update (23 Sept 2014)
tempat shopping yg pqling popular ialah di champ elysee dan rue d honore. kt sini  leh jumpa byk butik mewah..dan harganye murah skit dr harga di mlysia..sgt berbaloi..dan jgn lupa minta tax free form n resit..nnti leh claim di aiport. dapt wang lagi.
hehe...
mcm sy x dpt sebb sy dok di europe..hnya utk tourist.
satu lg tmpt shopping best da  bukk ahad ialah la valle village...naik train
.turun di satu stop sblm paris disnyland. murah..dan jgn lupa ke tourist info..isi borg..dpt 10% extra diskaun
dan tax leh minta kt sini juga
hard rock cafe snng je nak cr

duit better bwak kad krdit...nak makan bwk cash..dan brrhati hati sbb penyelok saku dn perompak aim org malaysia sbb diog tahu org malaysia byk wang..hehehe
dah ramai yg kene siap cekak muka dan tarik beg lagi


selamat berjalan jalan dan menikmati.indahnya ciptaan allah.

cheers,
Zia anis

3 comments:

  1. as salam
    boleh tau tak kat mana hard rock dan jugak dimana nak beli beg2 berjenama tu di paris yer..kalau naik metro nak berenti dima..tqvm membentau sebab saya akan ke paris..agak2 perlukan belanja berapa ribu yer..tqvm

    ReplyDelete
  2. salam sya nur, saya akan balas ke emel saudari yer.

    ReplyDelete
  3. Salam. Sy akan ke europe hujung bulan april ni.. boleh kongsikan sikit tips perjalanan x? Psl penyeluk saku tu mmg berlambak sgt ke.. sy pulak pegi ikut travel agency. takot pulak rse nk kluar kan duit ble shopping nnt. Hehehe.. Lg 1 nk tnya camne nk pegi hard rock cafe paris dan london.. Email pd sy ya amirudinrina91@gmail.com trime kasih :)

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...