Friday, April 15, 2011

Minda Positif


Salam semua,
Entri kali ini saya akan kongsikan mengenai sikap positif. Sempena ulangtahun kelahiran yang ke-2* hujung Januari lepas saya telah berpeluang mengikuti seminar kuasa minda-kearah sikap positif yang dikendalikan oleh Prof. Muhaya Mohamad dan IKIM. Saya memang minat ngan Prof. Muhaya sejak first time dengar slot beliau di IKIM setiap pagi rabu. Kemudian tengok plak rancangan mata ke hati di Astro. Daripada seminar dan slot di tv dan radio tersebut saya telah dan ingin berubah menjadi Positif (hehehe..serius tak bunyinyer???jangan gelak yer). Banyak yang saya pelajari daripada sesi ceramah beliau tersebut. Tapi susah jugak ye nak jadi positif sebab kita dah terbiasa mencampurkan sikap negatif dan positif dalam kehidupan seharian. Yang paling terkesan dihati ialah kita perlu sentiasa berbuat baik kepada setiap insan lain dan “what you give is what you get” dan sentiasa fikir positif, jangan risau dan banyakkan berdoa. Sebab Nabi Muhamad S.A.W sepanjang hidupnya sentiasa berfikiran positif dan tak pernah risau. 

Ni tips yang Prof kasik:
7 Cara dekat dengan Allah:
         i.            Jadi kreatif tidak kompetitif
       ii.            Berbuat baik
      iii.           Mempunyai sifat kasih sayang terhadap semua
     iv.            Mencari kebaikan setiap orang dalam setiap keadaan
       v.            Menjadi lebih baik setiap hari
     vi.            Mempunyai mentaliti yang tidak terbatas dan sentiasa murah hati
    vii.            Menerima manusia seadanya
Sebelum seminar bermula...
 Prof. tengah bagi talk
Sesi autograf (bukan saya yer dalam gambar ini...)

Moga-moga bermula hari ini, kita semua menjadi insan yang lebih baik hari ke hari, InsyaAllah.

Cheers,
Zia Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...