Friday, November 26, 2010

Buah-buahan kampung...


Salam dan Selamat Sejahtera semua,
Rajin betul saya menulis ari ni, sampai 2 entri sehari..wah memberangsangkan. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda semua mengenai buah-buahan yang terdapat disekeliling rumah saya… buah-buahan ini telah berbuah dengan lebatnya setiap kali musim buah tiba..kadang-kadang tak dijual atau dikutip sebab harganya jatuh merudum atau tak ada nak tolong panjat pokok ambik buah-buahan tu (Buah duku, rambutan).
Buah durian
Ni adalah gambar pokok dan buah durian..depan rumah betul-betul, budak-budak dilarang duduk bawah pokok nanti timpa muka atau badan..haru jadinya…Buah durian ini jarang dijual sebab untuk dimakan anak beranak aja..sapa nak boleh datang ambik..hehehhe. Zaman saya kecik-kecik seronok jual durian sebab siapa yang pergi kutip dan jual pada peraih (yang datang rumah) duit dapat kepadanya..maknanya tak perlu share dengan mak ayah atau nenek saya…hehehe (motivasi untuk rajin pi kutip durian kat kebun pagi-pagi buta)..sehari dapat dalam RM10. Masa tuh (tahun 90an) RM10 dah banyak…

Anak sedaraku, bangga dapat pungut durian depan rumah…Fresh…Bum jatuh, terus diorang pi kutip…

Duku
Duku plak memang banyak…pokok-pokoknya pun boleh tahan banyak dan masih utuh berdiri di sekeliling rumahku….memang banyak berjasa. Satu pokok tuh boleh ambik ngan tangan ajer….Manakala yang tinggi skit kene ambik atau panjat guna tangga. Jika pokok tinggi sangat kenalah suh orang yang pakar panjat pokok tolong ambikkan. Nak ambik duku ni kena ada pisau, tali dan baldi kecil (kegunaan pemanjat), manakala seorang lagi tunggu kat bawah pokok, standby masukkan buah duku yang telah dipetik masuk dalam baldi yang lebih besar…

Jambu Air
Jambu air ni satu aja pokoknya..Suka sangat berbuah…berbuah sokmo…Dulu warnanya putih, sekarang warna merah muda, hasil kacukan dengan jambu merah. Sedap ni makan ngan colek (cuka, garam, gula dan cili padi)…

Salak (Salacca zallacca)
Pokok salak ni pun sangat rajin berbuah. Rasanya enak dan kelat-kelat skit…Tapi saya bukan penggemar salak..hehehhe. Pokoknya rendah, dan seakan-akan pokok kelapa sawit..tapi versi kerdil, sebab ianya tergolong dalam family palm tree. Awas! Durinya sangat tajam..mak saya pernah kena durinya..aduh sakit… 

Belimbing buluh (Averrhoa bilimbi)
Belimbing buluh memang terkenal dengan khasiat semulajadinya. Belimbing buluh ditanam belakang rumah. Sangat rajin berbuah…lebat buahnya. Sampai ada jiran-jiran datang kutip sama…Biasanya orang kampong akan masukkan dalam asam pedas versi Kelantan dimasak bersama ikan sungai…


Rambutan (Nephelium lappaceum)
Buah rambutan dalam gambar ni adalah pokok depan rumah..Kat depan rumah saya ni ada 2 jenis rambutan iaitu jenis anak sekolah atau cik embun,cik ali. Manakala yang jenis mokte telan/lokoh telah ditebang sebab tak der orang nak makan sebab kecik dan isinya susah lekang… Rambutan anak sekolah paling sedap sebab isinya manis dan banyak…buahnya montel.. Manakala cik embun buahnya sedikit leper dan manis. Cik Ali pulak leper dan manis. 

Nangka (Artocarpus heterophyllus)
Buah nangka ni pulak tanam tepi rumah..Jarang sangat berbuah…Huhuhu…
Biasanya orang kampung saya akan masak nangka gulai..best...

Sekian dulu untuk entri ke-3. Nantikan entri seterusnya..

Cheers/Wassalam.
Zia Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...