Thursday, September 15, 2011

Travelog Umrah-1

Salam,
Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidilfitri 1432H. Maaf zahir dan batin.
Seperti dijanjikan saya ingin sertakan travelog Umrah saya yang dah berbulan tertangguh untuk dipublish disini..

Catatan Perjalanan-Umrah 31/5/2011-14/6/2011

Alhamdulilah pada cuti sekolah yang lepas, saya telah dijemput dan diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan umrah buat kali pertama. Saya berada di Madinah dan Mekah selama 14hari. Suatu kenangan yang amat menyeronokkan dan tidak sabar untuk kembali kesana lagi, insyaAllah moga masih diberi kesempatan masa dan kesihatan.

Sekarang kita lihat tentative dan catatan perjalanan saya. Rombongan cik kiah ni seramai 11 orang (my parents, mak sedara, sepupu lelaki dan sedara mara ayah saya seramai 6 orang lagi) termasuklah 29 yang lain dalam rombongan SV831 dan diketuai oleh seorang ketua rombongan Mr. M daripada BTT(Syarikat pengelola umrah ini). Kebanyakannya adalah daripada kelate..saya naik kat KLIA, manakala yang lain naik di KB ke KLIA –Jeddah.

31/5/2011
10.00 pagi-bertolak ke KLIA sambil ditemani adik beradik dan anak sedara yang seramai 6 orang.

11.00 pagi-sampai KLIA

12.00 tgh-check in brg kat kaunter K17 .Satu beg ajer..(beg yang BTT sediakan).

1.00 ptg-rombongan cik kiah drpd KB tiba-flight delay more than 30minutes. Then kitaorang makan nasi dagang yang diprepare oleh my sisters..bersungguh diorang masak siap ada ikan tongkol gulai, ayam gulai, acar dan sambal kelapa lagi..semua makan sebab dah kelaparan di tempat duduk close to surau).
Riyal...
Rombongan
Kita makan dulu.
Sebelum Check Pasport..

1.30-check in masuk to international departure…sambil lambai2 kat sedara mara yang sudi hantar kami…serius seronok (tiada secalit rasa sedih) sebab nak pergi bercuti menenangkan diri sambil beribadah…then naik train to the plane…aritu kitaorang naik flight Saudi airlines direct flight ke Jeddah yang disewa khas oleh BTT dan a few syarikat pengelola umrah lain seperti Andalusia, zahafiz etc.

3.15pm-flight take off….yang memakan masa 7-8 hours…teringat masa naik flight ke Melbourne yang hampir sama duration nyer …(i miss Melbourne so much..ehhheehehe). Dalam flight makan 2 kali heavy dinner, coffee and tea…then sambung tidur dan tgk documentary at Saudi inflight entertainment…ok jugaklah citer kat dlm tuh…movie yang seksi atau seksa akan didelete or dikaburkan. Bagus betul rules for entertainment diorang ni.

6.00pm waktu Saudi-tiba di terminal haji Jeddah International airport. Naik bas terus ke terminal…jeddah International airport ada 2 bahagian, satu terminal haji (for hajj and umrah) then satu lagi for normal passenger…tunggulah kat situ beg tiba lebih kurang 1jam stgh…
Tangan Pak Arab...

7.30pm-naik bas shuttle ke madinah almunawarrah. Dlm perjalanan singgah solat jamak takhir maghrib isyak kat mana tah… kat situlah we all solat n makan nasi mandi..ayam dia best sangat..very tender and juicy.
8.30pm-sambung perjalanan ke madinah…dah ketiduran dah dlm bas…then singgah tempat ala-ala RR kat surau tepi jalan..sejuk sungguh malam tuh…angin sepoi2 bahasa di tepi jalan di gurun….

1/6/2011
1.00pagi-tiba di Hotel Al Makaram Al Masi di madinah..alhamdulilah…sejuk..terus masuk hotel dengar taklimat ustaz BTT mengenai stay 2 hari kitaorang di madinah dan tentatifnya…
Depan hotel terus kedai menjual macam-macam barang



2.00pagi-masuk bilik hotel , mandi dan bersiap for solat subuh di masjid nabawi. Share 4 people in one room with my mom, and two makcik from Dewan Beta,K.Bharu.

3.30 pagi- berjalan ke masjid nabawi..dekat jer ngan our hotel. Ramai org berjalan menuju masjid…masuk masjid terus dengar azan subuh…masuk tu sebak dengar bilalnya mengalunkan azan yang sangat best dan menusuk jiwa….betapa berdosanya aku hambaMu yang hina ini…selesai solat tahayatul Masjid dan solat Subuh terus balik hotel and breakfast. Sebelum itu, masuk ajer Masjid Nabawi  terus minum air zam2 yang amatlah sedap rasanya..nyaman dan dingin…air lain takleh lawan sedapnya air zam2 dlm MN dan MH. Air zam2 ini diletakkan dalam tong air warna koko bersama cawan pakai buang plastic….
Masjid Nabawi
Payung akan terbuka di siang hari...
Payung ditutup menjelang senja
Urusan jual beli diluar pintu Masjid Nabawi
Semasa di Madinah kami telah dibawa melawat:
1.Kebun Kurma-beli kurma dan kekacang….ramai bas rombongan yang singgah sampai tak menang tangan tauke kedai mengira jualannya…

kurma muda
Pokok kurma
Pokok kurma yang seakan pokok kelapa sawit..famili sama...

2. Bukit Uhud

3. Masjid 2 Kiblat
4. Masjid Quba’
5. Raudhah di Masjid Nabawi
Menunggu giliran masuk ke Raudhah...
Setelah itu kami bertolak ke Mekah Mukarramah dan singgah berniat di Masjid Bir Ali. Dan sebelah malamnya berhenti makan di sebuah kedai Arab..penuh jugak orang yang menuju ke Mekah singgah situ…
Nantikan entry kedua mengenai Mekah…

Cheers,
Zia Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...