Thursday, November 27, 2014

Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom lihat senarai Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman.
Untuk rakyat Malaysia yang memegang pasport merah Malaysian boleh masuk ke Jerman tanpa visa dan boleh tinggal selama 3 bulan/90 hari.

Tapi masa di custome check, diorg akan tanya nak kemana dan sila pastikan print siap2 tiket kapalterbang, booked hotel dan dokumen lain-lain untuk mengelakkan masalah timbul....dan jangan bawa barangan terlarang taw...

Jangan lupa bawa kad pelajar...ada tempat yang anda boleh dapat diskaun...contohnya entree fee.

Data mengenai Germany
Matawang: Euro
Bahasa: B. Jerman (bahasa utama), French dan B.Inggeris

1. Berlin

Berlin adalah ibu negara Germany dan ianya sebuah kota metropolitan yang teratur dan jauh daripada hiruk pikuk jalan raya, jem dan kesesakan kenderaan.  Dan pengangkutan awam adalah sangat efisien serta harga tiket daily ticket adalah berpatutan dan cover banyak tempat. Disini juga bandar yang multiracial. Anda boleh kesini menggunakan train, bus daripada Frankfurt Airport atau Frankfurt Am Main.
Dan dari sini anda boleh rancang ke Hamburg atau ke negara  jiran seperti Chezch Republic.
Kat sini makanan halal senang didapati...cuma kena keluar ke outskirt skit. Banyak tempat dan bangunan bersejarah yang boleh dilawati. SIla baca entry saya sebelum ini mengenai Berlin.





2. Munchen/ Munich

Sebuah bandar yang kedua terbesar selepas Berlin. Ianya terletak di selatan Germany dan merupakan tempat famous dengan BMW, FC Bayern dan juga OktoberFest.
Disini  juga ada banyak bangunan bersejarah dan taman bunga.
Boleh ke sini menggunakan train dan bas dr Frankfurt AM Main.
Dan dari sini boleh ke Austria...kerana ianya bersempadan dengan Austria.

   BMW Muzium

   Stadium FC Bayern


3. Stuttgart

Sebuah bandar industri dan sibuk juga....Disini ada Porsche Museum dan juga Mercedes-Benz Museum.
Boleh ke sini menggunakan train dan bas dr Frankfurt AM Main.

   Porsche Muzium

   Mercedes Benz Muzium

4. Heidelberg

Sebuah bandar yang sangat cantik dan dipenuhi bangunan lama serta istana lama yang boleh dilawati di atas bukit. Dan pemandangan foto ini adalah daripada Schloss tersebut.
Boleh ke sini menggunakan train dan bas dr Frankfurt AM Main.


5. Cologne/Köln

Boleh ke sini menggunakan train dan bas dr Frankfurt AM Main.



6. Hamburg

Satu-satunya bandar berdekatan pesisir laut..So kat sinilah ada seafood..x seperti tempat lain..yang ada hanya frozen seafood.
Boleh ke sini menggunakan train dan bas dr Frankfurt AM Main.


Untuk kemudahan anda, sila lihat dan studi map ini dulu..senang nak merancang perjalanan.


Keretapi dan bas

Anda boleh travel di Germany menggunakan train ataupun reise bus (bas persiaran)...

ICE keretapi laju di German..merentasi eropah. Dilengkapi tandas, dan restoran. Ada first class.

 RE dan RB keretapi kebanyakan. Dilengkapi tandas...lebih murah dan berhenti banyak stesen.
Reise bus...lebih murah dan dilengkapi tandas..Akan berhenti di beberapa bandar dan persinggahan jika perjalanan melebihi 6 jam.

Semua train adalah bermula dari Frankfurt Am Main iaitu sebuah stesen keretapi yang menghubungkan semua tempat di Germany dan negera jirannya. Dari Airport (flughafen) anda boleh menaiki train ke sini...Dan diluar stesen ini juga ada terdapat bus ke tempat-tempat lain jika anda tak mahu naik train.

Frankfurt Am Main Haupbanhof

Jadual train boleh dilihat di skrin besar ini...Dan gleis ialah gate. Jadi anda perlu tunggu di Gate tersebut dan jika train sudah smapi boleh terus naik..tak payah tunggu train nak gerak baru nak naik.
Tiket boleh di beli di mesin seperti di atas..kalau  tak yakin atau masih ragu boleh membelinya di kaunter tiket. Tapi kat mesin ni ada bahasa English..so jangan risau. Boleh gunakan EC card atau cash.

Untuk kemudahan anda, sila ke web Bahn.de untuk jadual perjalanan ataupun pembelian tiket secara online. Yang penting kene print dulu tiketnya.

Makanan halal
Kat germany makanan halal senang didapati..kebanyakkannya adalah daripada pengusaha Turki..so kebab lah pilihannya.


                                        Doner Kebab yang sangat sedap...

Cheers,
Zia Anis

Berbuat Baik kepada IbuBapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Beruntunglah yang masih ada ibubapa...sayangilah dan berdoalah kepada mereka setiap masa...kerana tanpa mereka siapalah kita. Sekalipun mereka telah tiada senantiasalah berdoa sesungguhnya mereka menanti doa daripada anak soleh solehah.

Jom hayati artikel yang menarik ini:

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
 
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]
 
 
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
 
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?
 
Jahimah menjawab: “Ya.
 
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]
 
 
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.[3] Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]
 
 
Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:
 
  1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…[al-Ahqaf 46:15]
  2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…
  3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]
 
 
Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah.
 
Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.
 
Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?
 
Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).[4]
 
  4.   Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak
sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.
 
Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:
 
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)
lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.
 
Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh
dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya
adalah golongan yang bersalah.
 
Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:
“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;
mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”
Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).
 
Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).
 
Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:
“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh
sedang orang ramai tidak menyedarinya.
 
Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):
“Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”
 
Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya
dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui
(yang demikian itu). [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]
 
  5.   Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan,seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.
 
Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.
 
Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?
 
Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?
 
Dia menjawab: “Tidak.”
 
Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.
 
Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?
 
Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.[5]

 


[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5971 (Kitab al-Adab, Bab siapakah manusia yang paling berhak untuk dilayan dengan baik).
[2]  Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai – hadis no: 3104 (Kitab al-Jihad, Bab kelonggaran daripada berperang bagi orang yang memiliki ibu).
[3] Sayang sekali kebanyakan wanita sekarang ini tidak lagi memandang mulia terhadap peranan mereka untuk melahir dan membesarkan anak. Apa yang dipandang mulia oleh Allah kini dipandang hina oleh manusia. Semua ini berlaku kerana manusia kini mengejar kemuliaan mengikut ukuran mereka sendiri. Mereka tidak sedar bahawa apa yang dianggap mulia oleh sebahagian manusia dianggap hina oleh manusia yang lain. Apa yang dianggap mulia pada masa kini akan menjadi hina pada masa akan datang. Ringkasnya, kemuliaan mengikut ukuran manusia sentiasa bersifat nisbi manakala kemuliaan mengikut ukuran Allah sentiasa bersifat hakiki.
[4] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad – hadis no: 9.
[5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad – hadis no: 4 dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 2799

Kredit kepada: http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%203.htm 

Al-Hafiz Abu Bakr al-Bazzar telah meriwayatkan dalam musnadnya dengan sanadnya dari Burayd dari bapanya bahawa seorang lelaki mengerjakan tawaf dengan mendukung ibunya lalu dia bertanya Nabi saw; “Adakah saya telah membayar haknya(ibunya)?” Jawab baginda; “Tidak, tidak, walau senafas pun.” Demikianlah dia tidak dapat membalas budi ibunya walau senafas pun dari masa ia mengandung atau masa dia bersalin. Dia mengandungnya dengan mengalami kelemahan demi kelemahan.




Cheers,
Zia Anis

Tuesday, November 25, 2014

Doa Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

JOm amalkan doa ni:



Semoga bermanfaat.

Cheers,
Zia Anis

Tips Mendidik Anak Soleh/Solehah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dewasa ini mendidik anak anak menjadi semakin mencabar...dan dengan kebanjiran gadget dan apps serta free games di internet menambahkan lagi pening ibu bapa..tapi belum terlambat lagi untuk mendidik anak-anak kita. Semoga kita menjadi asbab ibubapa kita ke syurga dan anak-anak kita menjadikan asbab kita syurga pula..Ameen.

Disini saya sertakan Tips Mendidik Anak Soleh/Solehah daripada Ustaz Abu Anas Almadani.

Semoga bermanfaat dan selamat beramal.






Cheers,

Zia ANis

*doa bersama yang dimaksudkan ialah mengamalkan doa ketika ingin bersama pasangan aka jimak.

Saturday, November 22, 2014

Step by Step Master/PhD di Jerman (Germany)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekarang saya ingin berkongsi step by step memohon peluang melanjutkan pelajaran ke Germany.
i)    tahu bidang anda contohnya: Biochemistry, Mechanical Engineering, atau Statistics.
ii)    pilih bidang anda..dengan cara "search" di setiap universiti di german.
iii)   pilih supervisor yang sesuai dan terbaik. Baca profil dan publication nya yang terbaharu.
iv)   emel supervisor tersebut dengan menyatakan secara lengkap dan dikepilkan/attach cv, transkrip master, transkrip bachelor, dan IELTS.
v) tunggu reaksi tersebut daripada supervisor.
vi) jika respon positif, teruskan emel dan buat step yang disuruh oleh bakal sv anda...namun jika respon adalah negatif, jangan putus asa, teruskan mencari sv yang terbaik.
vii) dan jika dirasakan mendapat bakal sv yang terbaik, selalulah membuat solat istiharah..dan jika anda telah berkahwin, silalah berbincang dengan pasangan anda tentang keputusan anda untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman. Bahkan jika anda masih solo, minta restu daripada ibubapa, semoga mereka menyokong usaha anda mahu ke Jerman. Jika ada pihak yang membantah....sila ke step (i) tetapi untuk negara lain ataupun dalam negara sahaja. Ketentuan Allah yang terbaik.
Maklumat lain mengenai Jerman:
a) masalah bahasa, iaitu yang melibatkan masyarakat sekeliling..disarankan agar anda tahu sedikit mengenai bahasa ini....mungkin ini memudahkan anda...
Tapi di uni disediakan kelas bahasa secara percuma manakala untuk kelas intensif kena bayar sedikit amount, sebab memang intensif dan diadakan semasa cuti semester. Belajar bahasa akan menjadi bonus dalam CV anda...
dan seorang fellow orang Malaysia di University Oxford boleh menguasai 6 bahasa termasuk bahasa German..hebat bukan.

b) masyarakat jerman adalah kurang peramah..tapi jangan ambil hati..biarkan mereka....tapi kalau yang baik..memang meraka sangat baik...
c) kemungkinan anda keseorangan dan kesunyian adalah perkara biasa...kerana masih kurang orang Malaysia yang tinggal atau belajar di negara ini...tapi kene betulkan niat sebab kita datang untuk belajar dan moga Allah permudahkan kita selesai dengan jayanya...dan penuh ilmu didada..ilmu hidup dan ilmu akademik. Tapi anda akan lebih mengadaptasi dengan orang sekeliling dan berkawan dengan bangsa lain dari negara lain.
d) Banyak prosedur dan rules and regulation yang perlu anda patuhi jika pertama kali datang kesini..terutamanya mengenai visa yang perlu di renew selepas 3 bulan anda disini...dan urusan visa boleh dilakukan di Konsulat German di Menara Tan & Tan . Maklumat lanjut (http://www.kuala-lumpur.diplo.de/Vertretung/kualalumpur/en/04/Legal__and__Consular.html)

e) kebanyakan universiti di Jerman adalah menitik beratkan soal kualiti dan sememangnya sangat tough..dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Tetapi kesemuanya tidak akan menjadi masalah besar, sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar...
f) Sebelum terlupa, anda boleh memohon biasiswa DAAD yang disediakan oleh kerajaan German untuk rakyat tempatan ataupun orang luar...http://www.daad.de/en/.
g) program master adalah diadakan didalam bahasa english dan anda dikehendaki membuat small research dan membentangkannya di hadapan lab mate dan komuniti/panel. tapi tidak semua uni menjalankan master dalam bahasa english...kena search dulu...dan tanya. 
Selamat Berjaya.
Cheers,
Zia ANis

Master/PhD di Jerman (Germany)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pos kali ini saya akan kongsikan tips, cara-cara, persiapan dan persediaan membuat Phd di Jerman. Teringat saya pada tahun 2007, seorang teman datang ke Australia untuk meninjau-ninjau Australia untuk membuat Phd...tetapi takdir menentukan beliau membuat Phd di negara lain..dan baru-baru ini beliau telah pulang dengan kejayaan. Alhamdulilah.
Seperti yang saya katakan dalam pos yang lalu, saya kini sedang menyambung pelajaran di Universitat des Saarlandes, di negeri Saarland di Germany. Sudah lebih dua tahun disini...Alhamdulilah semuanya ok..walaupun ada dugaan dan hal yang perlu ditangani dengan emosi positif. Bukan mudah ya untuk membuat keputusan memilih universiti, negara, penyelia dan bidang Phd anda. Semasa saya mula-mula sampai kesini ada juga rakan yang bertanya bagaimana ingin memohon menyambung pelajaran di Germany. Saya berpendapat, membuat Master/Phd di Jerman adalah digalakkan kerana:
1) semua komunikasi adalah dalam bahasa Inggeris. Namun ada juga borang-borang yang perlu diisi dalam bahasa german. Tapi minta tolong pada PA supervisor anda atau rakan-rakan senior anda..InsyaAllah ada yang ingin membantu.
2) German adalah sebuah negara yang memberikan pendidikan secara percuma kepada rakyatnya dan kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, kerajaan Malaysia amatlah menggalakan pelajarnya datang ke sini untuk melanjutkan pelajaran. Tiada yuran dikenakan kepada pelajarnya. Namun kos sebanyak EURO155 diperlukan dibayar kepada uni sebagai yuran pendaftaran semester untuk mendapatkan kad pelajar. Dan wang yuran ini boleh dituntut kepada pihak KPT Slab/Slai jika anda pemegang biasiswa KPT.
3) Kad pelajar yang anda dapat boleh digunakan untuk menaiki bas, tram dan train secara percuma di dalam negeri atau kawasan coverage kad anda tersebut. Free of charge..dengan syarat kena selalu bawa dan tunjukkan kad pelajar tersebut. Anda boleh menggunakan kad tersebut tanpa batasannya. Jika terlupa membawa kad tersebut anda diwajibkan membayar tambang di dalam bas, ataupun dibeli terlebih dahulu di kaunter atau mesin tiket.
4)Fasiliti yang disediakan oleh kerajaan german untuk setiap uni adalah memang "superb". Saya amat kagum dengan fasiliti yang disediakan seperti kemudahan makmal, perpustakaan dan komputer. Anda juga boleh meminta khidmat PA supervisor anda untuk khidmat faks, scanner dan sebagainya. Library memang sangat awesome...dan di fakulti saya librarynya sangat cantik, moden.
5) Di German ini semua pelajar Phd dan supervisor adalah super "workaholic". Jadi sikap mereka ini boleh berjangkit pada anda. Disini pelajarnya akan berhenti rehat untuk makan tengahari sahaja. Tapi mereka sangat berdisiplin, dan hanya akan bekerja pada kuantiti tertentu tapi kualiti tip top.
6) Selain itu, di Jerman juga kebanyakkan pelajar dan penduduknya mengamalkan cara hidup sihat iaitu dengan selalu berjogging, dan memakan makanan sihat. Air putih adalah air yang 90% dikonsum oleh pelajar-pelajarnya. Dan menu yang disediakan oleh pihak Mensa/kantin ialah kurang garam dan kurang gula.
7) Di universiti juga anda boleh mengakses banyak jurnal jurnal antarabangsa dengan senang.
Itu adalah diantara kelebihannya.

Cheers,
Zia ANis

Tips Isteri Solehah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tips Menjadi Isteri Solehah
  • Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring atas ribaan. Biasanya buat selepas solat, lepas tu usap kepala pasangan. 
  • Cuba masak apa yang pasangan suka. Walaupun mungkin tak sedap, tapi tak salah kalau kita sentiasa mencuba kan?
  • Temankan pasangan apabila dia melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
  • Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
  • Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin. Buat suasana yang sentiasa romantis.

  • Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
  • Bila pasangan tak sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan umpama baru kahwin.
  • Beri tindak balas positif bila dengar pasangan bercerita atau membuat lawak.
  • Salam/peluk/cium pasangan sebelum pasangan mula bertugas. Hantar ke muka pintu dengan wajah yang ceria dan comel gitu. Senyum.
  • Jangan lokek mengucapkan terima kasih setiap kali pasangan membantu kita.
  • Mohon maaf segera andai terasa kita melukakan hatinya dan segera memaafkan jika si dia terlupa akan sesuatu untuk anda.
  • Ucapkan kata-kata rindu dan cinta setiap hati. Kalau boleh, puji pasangan sebaiknya.
  • Doakan pasangan bahagia di dunia dan akhirat. [tanpa pengetahuannya]
  • Cuba penuhi permintaan pasangan sebaiknya dengan perasaan ikhlas. 
  • Elakkan membebel yang berpanjangan kerana biasanya lelaki enggan mendengar bebelan yang mengarut. Harus diingat, bebel dan nasihat tidak sama.
  • Bila berselisih faham, elakkan mengungkit perkara lalu, cuba fokus pada masalah itu sahaja.
  • Percaya pada pasangan, jangan cemburu tidak bertempat.
  • Sentiasa berhias untuk suami, kekalkan kecomelan di mata suami hatta ketika berbantang sekalipun !
  • Didik anak dengan baik dan penuh kasih sayang dan terapkan didikan agama kepada mereka.
  • Pastikan rumah sentiasa bersih agar suami tenang bila berada didalamnya. Jadikan rumah sebagai syurga dunia buat suami.
Credit to: http://www.aisyahhumaira.com/2013/06/tips-menjadi-isteri-solehah.html



Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...