Wednesday, November 2, 2011

Ustaz Azhar dan Ustaz Don Daniyal

Salam,

Saya cuma nak share tentang rancangan 30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, sangatlah menarik, sebab ada banyak ilmu yang hendak disampaikan secara santai dan tidak tertekan. Marilah tengok sama-sama setiap Isnin, Selasa dan Rabu 10.30 mlm. Dah jadi fenomena sekarang ni, banyak akhbar dah bagi komen yang positif.

Ustaz Azhar Idrus plak memang kelakar habis, ilmu yang nak disampaikan akan disampaikan dengan cara terus tanpa berselindung dan diiringi gelak ketawa. Gelak, gelak jugak, ilmu kena amalkan. Ustaz ni boleh disaksikan melalui YouTube dan CD yang dijual di pasar-pasar malam, uptown atau Pasar Wakaf Che Yeh..hehheheh.

Selamat menimba ilmu dan mengamalkannya sebab surah Pertama yang diturunkan adalah berkaitan Iqra'/Baca yang menekankan aspek ilmu dan pencariannya dalam kehidupan seharian.

Selamat Menimba Ilmu,
Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...